Halaman

Ahad, 30 Jun 2013

Wakaf Perigi di Kemboja

Program Wakaf Perigi ini dilaksanakan untuk menampung keperluan air penduduk kampung. Sumbangan anda amat diperlukan untuk membantu mereka terutamanya di kawasan yang sukar untuk memperolehi sumber air, maka dgn adanya perigi ini, masyarakat setempat dapat menggunakannya untuk beribadah, kegunaan harian, makan, minum, untuk ternakan, tanaman dan sebagainya.

Cuaca di Kemboja boleh dibahagikan kepada 3 musim. Musim sejuk, ialah antara bulan November hingga Februari. Terkadang-kala, suhu boleh mencecah dibawah 15 darjah celcius pada waktu malam. Biasanya pada siang hari, suhu berlegar dipertengahan 20-an darjah celcius. Pada musim ini, biasanya hujan jarang turun.

Cuaca mulai panas dari bulan Mac hingga Mei. Bukan sahaja panas, udara akan dipenuhi dengan debu tanah terutamanya jika kita bergerak di luar bandar. Terkadang-kala, suhu boleh mencecah sehingga melebihi 35 darjah celcius. Hujan masih tidak turun.

Musim hujan dengan udara monsun bertiup dari bulan Jun hingga Oktober. Hujan biasanya turun pada petang hari terutamanya hujan renyai-renyai.

Oleh kerana itu, Kemboja sering dilanda musim kering. Terkadang-kala terdapat 4 hingga 5 bulan tanpa hujan. Ini merupakan cabaran bagi kehidupan orang kampung. Biasanya, bagi penduduk kampung yang tinggal di tebing-tebing sungai akan mengambil air daripada sungai. Ini menjadi masalah kerana tebing sungai Mekong biasanya curam. Bagi penduduk kampung yang dapat bergotong-royong akan berusaha untuk mendapatkan pam air. Air dipam daripada sungai ke tempat pengumpulan yang mudah diambil oleh penduduk kampung ataupun air sungai ini dipam terus ke palong-palong yang ada pada tepi rumah. Masalahnya ialah harga diesel untuk menggerakkan pam itu mahal disamping harga pam itu sendiri sememangnya tidak mampu ditanggung oleh penduduk kampung.

Proses pembinaan pam perigi.

Jadi, penduduk kampung di tebing-tebing sungai Mekong juga akan menggali perigi. Perigi di tebing-tebing sungai biasanya dalam kerana paras tanah yang mengandungi air di tebing-tebing sungai agak dalam. Masalahnya, palong-palong perlu dibeli untuk mengelakkan tanah runtuh. Jika palong tidak digunakan, perigi hanya berfungsi sekejap sahaja.

Bagi penduduk kampung di darat iaitu jauh daripada sungai, biasanya akan menggali perigi untuk keperluan air. Juga kolam-kolam air akan digali sebagai takungan air semasa musim hujan. Apabila masuk musim kemarau, air inilah yang digunakan untuk keperluan harian.

Kerajaan Kemboja setakat ini tidak mampu untuk menyediakan bekalan air berpaip ke seluruh Negara. Bekalan air berpaip ini biasanya ada di bandar-bandar besar sahaja. Itupun mendapat peruntukan daripada Negara luar. Jepun misalnya telah menyediakan bekalan air berpaip untuk sebahagian penduduk Phnom Penh, ibu Negara Kemboja.

Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda “Sesiapa telah menggali telaga, tidak meminum airnya oleh yang bernyawa samada manusia atau jin atau burung melainkan Allah mengganjari pahala baginya di hari qiamat. (Hadith Jabir Riwayat Ibnu Hibban)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan